Thursday, July 16, 2009

Akhil Hayy sah bercerai talak satu
IPOH 15 Julai - Sengketa rumahtangga penyanyi dan pendakwah, Akhil Hayy berakhir apabila dia melafazkan cerai talak satu ke atas isterinya, Maizawati Zainal di Mahkamah Rendah Syariah dekat sini hari ini.
Ikatan perkahwinan mereka terlerai selepas Akhil atau nama sebenarnya, Akhil Abdul Hai, 40, dan Maizawati, 33, mencapai kata sepakat untuk berpisah secara baik.
Kemelut rumahtangga mereka menjadi perbualan hangat selepas Maizawati mendedahkannya dalam sebuah program televisyen.
Menambahkan lagi kontroversi apabila penyanyi, Waheeda dikaitkan mempunyai hubungan dengan bekas penyanyi rock tersebut.
Akhil yang kelihatan tenang sepanjang prosiding, melafazkan cerai dengan kebenaran mahkamah di hadapan Hakim Syarie, Mohd. Riduan Yusof.
Sementara itu, Maizawati yang anggun berjubah biru berbunga-bunga dan bertudung hitam, kelihatan bersahaja sepanjang prosiding berlangsung.
Malahan Maizawati sempat memohon maaf daripada suaminya sebelum Akhil melafazkan cerai.
Sejurus selepas itu, mahkamah memerintahkan supaya Maizawati menjalani tempoh idah selama tiga kali suci bermula hari ini.
Terdahulu, peguam syarie, Zulkifli Che Yong yang mewakili Maizawati, memaklumkan kedua-dua pihak bersetuju bahawa hak penjagaan kesemua anak diberikan kepadanya.
Sementara nafkah anak-anak yang melibatkan perbelanjaan, tempat tinggal, pakaian dan pendidikan ditanggung oleh Akhil.
Kedua-duanya juga bersetuju rumah yang didiami Maizawati dan didaftarkan atas nama mereka berdua, dibahagikan secara bersama dengan bahagian Akhil diserahkan kepada keempat-empat anak hasil perkongsian hidup mereka.
Akhil turut bersetuju membayar nafkah idah kepada Maizawati sebanyak RM15,000 sebulan selama tiga bulan.
Ketika ditemui, Akhil berkata, dia menerima segala keputusan yang dibuat dengan hati terbuka dan tidak menyalahkan mana-mana pihak.
Dia juga sempat meminta semua pihak agar tidak lagi mensensasikan isu penceraian itu dengan mengaitkannya dengan kehadiran orang ketiga.
"Keputusan yang dicapai ini sangat adil dan semuanya sudah selesai. Tidak ada kezaliman dalam hal ini.
"Apa yang saya hendak tekankan adalah jangan membabitkan orang ketiga dalam hal ini kerana ia melibatkan kredibiliti saya sebagai pendakwah," katanya.
Maizawati turut melahirkan rasa puas hati dengan keputusan yang dicapai.
"Tidak ada apa yang perlu dipanjangkan lagi. Saya harap segalanya cukup setakat ini sahaja," katanya.
*Begitulah siri-siri karakter penceramah tegar&penyokong parti POrk NIcky...
RM15,000 tu kena bayar sebulan..
Akhil Hayy mampu bayar guna duit Mafia War sahaja la...
Allah Maha Besar dan berkuasa dengan apa yg selama ni Akhil Hayy ni fitnah,cerca pd UMNO..
Sian kat Bang Akhil yea...
Kami doakan Bang Akhil bertaubatlah..Bang Akhil masuk Parti Pork Nicky la bang Akhil jadi mcm ni...
Selamat Berpuas-puas la ok Bang Akhil...

Thursday, July 9, 2009

Guru-Guru Maktab Mahmud Kedah Mengamuk!!!



Al-kisah telah mengamuklah guru-guru Maktab Mahmud seluruh Negeri Kedah angkara Yb Taulan Rasul(Dun Tokai) yg kini dilantik sebagai Exco Pendidikan Negeri Kedah telah membuat keputusan dan diluluskan oleh MB Zizan agar pemotongan gaji terhadap guru-guru yg berjawatan tetap yg dulunya bergaji RM 2500++ dirompak oleh kerajaan Negeri Kedah bawah pimpinan MB Zizan sebanyak RM 300++.Maka guru-guru ini mengamuk untuk dikembalikan hak mereka yang telah dirompak.
Ini menunjukkan MB Zizan dan seluruh kepimpinan Pas Negeri Kedah adalah perompak kepada RM 300++ yg menjadi milik guru-guru tersebut.Perkara ini telah berlanjutan selama 5 bulan lebih.
Kezaliman ini turut juga berlaku kepada guru-guru yg berjawatan kontrak dimana tiada lagi kenaikan gaji lagi buat mereka.Oleh yang demikian,sampai sekarang MB Zizan duk sibuk dengan DAP hal babi dan terus mengaibaikan guru-guru dari Maktab Mahmud yg rata-rata menyokong penubuhan kerajaan si Zizan ini.Rompakan ini akan berterusan berlaku sehingga MB Zizan dapat kumpulkan dana untuk pilihanraya akan datang.Tahniah MB Zizan.

Tuesday, July 7, 2009

Apa Maknanya Semua Ini?????

Kedah
BN:14 Kerusi
PAS:16 Kerusi
PKR:5 Kerusi
DAP:1 Kerusi

Pulau Pinang
BN:11 Kerusi
PAS:1 Kerusi
PKR:9 Kerusi
DAP:19 Kerusi

Selangor
BN:20 Kerusi
PAS:8 Kerusi
PKR:15 Kerusi
DAP:13 Kerusi

Perak
BN:28 Kerusi
PAS:6 Kerusi
PKR:5 Kerusi
DAP:17 Kerusi
BEBAS:3 Kerusi

Sila berikan pandangan ikhlas Tuan/Puan sekalian.
Terima Kasih.

Thursday, June 25, 2009

Damai Yang Mungkin Hilang....


Berakhirlah era perdamaian angkara telalu taksub kepada kuasa syaitan yang telah disihir oleh LGE kepada Hadi Awang. Segala kalimah suci perpaduan dan kepentingan Alif Ba Ta rela dilepaskan demi kuasa serta dendam lama terhadap UMNO yang ahlinya jelas beragama Islam dan Melayu yang sememangnya menjaga akar perjuangan Melayu dan Islam.
Maka kumpulan kafir Harbi laknatullah amat bangga dan seronok dengan apa yang berlaku.Tahniah Ust.Hadi!
Semoga kau bahagia dikankang Eli!!!

Tuesday, May 26, 2009

Chin Peng&DAP








Pada 20 Mei 2009, Dr Teng Hock Nan (Pengerusi Parti GERAKAN) mahu kerajaan membenarkan Chin Peng kembali semula ke Malaysia (baca sini). Chin Peng kini berada di Bangkok. Rayuan Chin Peng untuk kembali ke Malaysia telah ditolak oleh Mahkamah Tinggi pada 30 April 2009. Ini bukan kali pertama Chin Peng merayu untuk pulang ke Malaysia, pada 1 Disember 1990, Chin Peng bersama dengan 8 orang bekas anggota PKM pernah membuat permohonan untuk pulang ke Malaysia. Pada 14 April 2009, diwujudkan satu blog (lihat sini) untuk menceritakan kembali kisah komunis. Facebook juga diwujudkan untuk komunis. Mengapa ketika Malaysia dilanda dengan kegawatan politik, fahaman komunis tiba-tiba mahu ditonjolkan kembali?

Parti Komunis Malaya (PKM) ditubuhkan pada 20 April 1930, kira-kira 79 tahun yang lalu. Tujuan penubuhan PKM, selain dari menghalau British keluar dari Tanah Melayu, komunis juga mahu menubuhkan sebuah negara republik komunis di Tanah Melayu. Bagi meraih simpati dan sokongan orang Melayu, maka pihak PKM telah mengasaskan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) menerusi Mokhtaruddin Lasso (Presiden), Arshad Ashaari (Bendahari), Rashid Maidin dan Abdullah C.D. Orang Melayu telah diberikan jawatan untuk digunakan oleh komunis. Angkara Komunis telah menyebabkan darurat diisytiharkan di Tanah Melayu pada 12 Julai 1948.
Jadual di atas menunjukkan kemusnahan harta benda awam yang telah dilakukan oleh komunis menurut Buku Darurat 1948-1960, Keadaan Sosial di Tanah Melayu, mukasurat 224, tulisan Ho Hui Ling.Selain kemusnahan harta benda, apa lagi yang komunis lakukan selama 42 tahun daripada 1948 hingga 1990? Sejumlah 1,444 orang anggota polis telah terkorban, manakala 1,883 lagi anggota polis telah cedera angkara PKM. 2,558 orang awam terbunuh dan 1,490 orang awam cedera akibat kekejaman komunis.
Pada 23 Februari 1950, 17 anggota polis telah terkorban di Bukit Kepong akibat kekejaman komunis. 200 orang pengganas komunis telah menyerang dan membakar balai polis di Bukit Kepong. Apa yang memalukan, 200 orang pengganas komunis ini diketuai oleh orang Melayu sendiri yang bernama Muhammad Indera dari Kompeni Bebas Ke-4, Komunis. Melayu digunakan oleh komunis untuk membunuh orang Melayu yang lain. Bukan sekadar membakar balai dan berek kelamin, malah komunis juga telah mencampak hidup-hidup Hassan Bin Abu Bakar (anak seorang konstabel polis) ke dalam api. Begitulah kejamnya komunis. Namun ada juga orang yang mahu menyokong komunis. "Kerajaan tidak berlaku adil kepada PKM dengan melabel mereka sebagai golongan kiri, subversif dan komunis. Fakta itu sengaja diselewengkan kerana mereka bukan pengganas, bahkan mereka adalah pejuang kemerdekaan" kata Ramadhan Fitri Elias (Bekas Presiden Persatuan Mahasiswa Islam, Universiti Malaya) ketika berucap dalam satu majlis Modul Hubungan Etnik di Dewan Perhimpunan Cina, Kuala Lumpur pada 13 Mac 2007. Nama parti pun sudah parti komunis, bukan kerajaan yang melabelnya. Kekejaman komunis tidak boleh ditukar kepada pejuang kemerdekaan. Kesimpulannya, kekejaman komunis tidak akan dilupakan sampai bila-bila. Beribu nyawa yang terkorban angkara komunis. Rayuan Chin Peng untuk pulang ketika Malaysia berada dalam menimbulkan seribu satu tanda tanya. Mengapa Chin Peng dan kumpulan komunis beriya-iya benar mahu kembali ke Malaysia? Mereka juga sudah berkempen dalam blog dan facebook untuk menambat hati rakyat dan cuba memadam sejarah kekejaman mereka. Rakyat Malaysia harus sedar dan sentiasa sedar, kekejaman komunis adalah luka yang masih berdarah.
Komunis, tiada maaf bagimu.














Ustaz Pas:Cakap Tak Serupa Bikin,Bikin Tak Serupa Cakap,Cakap Tak Bikin-Bikin












Ustaz Pas
Cakap Tak Serupa Bikin, Bikin Tak Serupa Cakap, Cakap Tak Bikin-Bikin

Lihatlah,dengarlah,saksikanlah....
Pembohongan,penipuan serta hipokrasi yang dilakukan oleh Al-Fadhil Ustaz Akhil Hai Al-Wassini kepada Tok Gundu Pas serta pengikut-pengikut tootok Pas.Bahawa dia (Akhil) merupakan 'ustaz' suci kununnya yang pernah berceramah berdegar-degar di atas pentas Pas di Barokhas, Kedah pada PRU-12 baru-baru ini.Maka bertakbirlah seluruh rakyat yang dibodohkan oleh dia(Akhil) yang sebenarnya tidak ada apa-apa pun Ijazah dalam bidang agama.Inilah kebodohan Tok Gundu Pas iaitu Al-Sheikh Azazil(Nik Aziz) yang iktiraf si Akhil ini.Maka apapun perbuatan menganiayai si isteri Akhil dan 6 anaknya di anggap boleh oleh Pas.Pas yang serba boleh sekarang.
Mengikut satu maklumat dari seorang rakan artis beliau yang si Akhil ni dah pun menikah dengan Wassini ini namun demi duit untuk menjaga kepentingan program TV yang dia kendalikan sekarang iaitu Kafe Akhil Hai Wassini,maka terpaksalah dia sembunyikan.Eh Akhil,hang kata hang tau agama,kan perlu dihebahkan bila berkahwin untuk elakkan fitnah.Adakah hang ada 'sesuatu' untuk sembunyikan perkara ini?
Maka sekarang kita lihatlah sandiwara seterusnya oleh si Hai ini kepada isteri dan anaknya.Dia sendiri telah mengugut isterinya untuk bercakap yang isterinya rela diceraikan demi kebahagiaan si Hai Wassini ini.Isteri mana yang rela diceraikan beb!
Lukenabeb Hai!!!

Monday, May 18, 2009

Tok Gundu Oh Tok Gundu


Quote:
"Saya cukup setuju perwakilan tolak mana-mana pemimpin yang amalkan politik sogokan. Duitnya kita ambil, tetapi jangan undi org macam ini, biar dia akhirnya merasa perit, bodoh dan tertipu" Pok Nik http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2009/5/17/mstar_berita/20090517173108&sec=mstar_berita.

Amanat ini cukup jelas untuk difahami, bahawa Pok Nik berkata bahawa dengan bahasa mudahnya; "kalau orang beri kita sogokan atau rasuah, duit sogokan atau rasuah itu kita ambillah, tak salah, biar dengan ini kita boleh tipu orang itu dengan berpura-pura menyokong perbuatannya" Wah, hebat amanat dan fatwa baru dari Pok Nik ini yang akan menjadi PRINSIP ke semua ahli PAS untuk diamalkan.

Pertama ; tidak salah menerima rasuah.
Kedua ; menyokong secara tidak langsung amalan rasuah kerana tidak menghalang perbuatan tersebut dari dilakukan oleh pelakunya .
Ketiga ; mengajar orang ramai supaya bersikap munafik iaitu berpura-pura menyokong Keempat ; tidak perlu berdakwah atau menasihati kepada orang yang sudah melakukan perbuatan haram atau dosa Pok Nik sudah ke depan dari Rasulullah SAW sendiri dan mungkin sudah lupa bahawa Rasulullah SAW sudah berfatwa yang sangat jelas bahawasanya ; Rasulullah SAW melaknat orang memberi dan menerima rasuah. Sabda Baginda SAW yang bermaksud: "Daripada Abdillah bin Amru: Rasulullah SAW melaknat pemberi rasuah dan penerima rasuah." (Hadis riwayat At-Tarmizi)
Dipetik dari Mykmu.Net
Pesanan Penaja:Hindari diri anda dari Tok Gundu...