Monday, April 21, 2008

Perkembangan Ekonomi Malaysia;Cabaran dan Harapan

Oleh
Pesaka Alam


1. Pengenalan

Malaysia merupakan sebuah negara masyarakat majmuk yang hidup dalam suasana aman damai dalam pelbagai budaya, bahasa dan adat resam serta mempunyai kestabilan politik dan ekonomi yang mantap. Kejayaan Malaysia dalam usaha membangunkan negaranya mengikut acuan tersendiri sedikit sebanyak dipengaruhi oleh keberkesanan dasar luar negara yang diamalkan. Ini terbukti apabila Malaysia diiktiraf sebagai sebuah negara membangun yang mempunyai kekuatan ekonomi yang tersendiri. Sebagai sebuah negara yang berbilang kaum, berbilang agama dan dengan ekonominya yang seimbang antara kaum, Malaysia bukanlah negara yang diramal akan aman dan boleh dimajukan. Ramai yang meramalkan bahawa perselisihan kaum akan berlaku dan kaum Melayu yang merupakan kaum majoriti akan merampas kuasa dan merompak harta kepunyaan kaum-kaum lain tetapi tanggapan itu ternyata silap kerana para pemimpin negara telah mencorak kerjasama antara kaum tanpa menghilangkan identiti kaum masing-masing. Inilah formula yang telah menghasilkan kestabilan dan pembangunan ekonomi di Malaysia. Selain itu ekonomi Malaysia menjadi bertambah mantap dan kukuh kerana jalinan mesra dengan negara-negara maju tanpa menghiraukan ideologi yang diamalkan oleh negara tersebut.


Kerja kursus ini membincangkan keadaan ekonomi yang berlaku di Malaysia. Pengkhususan di buat terhadap keadaan ekonomi Malaysia kerana kejayaan yang membanggakan sejak merdeka dan keupayaan menangani masalah kemelestan ekonomi pada 1997 tanpa menerima bantuan kewangan dari IMF (International Monetary Fund). Selain itu keupayaan kerajaan Malaysia dalam menjana pertumbuhan ekonomi tempatan juga merupakan perbincangan utama dalam kerja kursus ini.
Tahun 2005 merupakan tahun terakhir Rancangan Malaysia Kelapan dan pertumbuhan yang memberangsangkan pada tahun ini akan menyediakan asas yang kukuh bagi negara melangkah ke satu lagi fasa penting, yakni pelaksanaan Rancangan Malaysia Kesembilan 2006-2010. Ketika melangkah ke tahun 2006, cabaran dalaman dan luar akan terus menguji kekuatan dan ketahanan kita. Dalam era globalisasi ini kita tidak boleh mengasingkan diri jika kita tidak mahu diketepikan. Untuk terus menyerlah, kita perlu meningkatkan penyertaan dalam arus persekitaran global. Dalam hal ini, kita perlu memperluaskan gelanggang dan menjangkau ke arah menjadi pemain global terutamanya dalam bidang yang mana kita mempunyai kelebihan kompetitif.
Malaysia telah mempunyai kemudahan infrastruktur yang cemerlang. Sudah tibalah masanya untuk kita memberi tumpuan kepada pembangunan pengetahuan, kemahiran dan nilai untuk melengkapi pencapaian pembangunan fizikal. Adalah penting sekali untuk mengimbangkan pencapaian kebendaan dengan kerohanian yang luhur, sekiranya kita ingin mencapai matlamat Wawasan 2020. Sehubungan ini, pembangunan modal insan akan terus menjadi agenda utama dan usaha-usaha akan ditumpukan ke arah pembentukan individu yang berketrampilan di tempat kerja dan dalam masyarakat. Rakyat Malaysia perlu menghayati nilai jujur, berintegriti, cemerlang dan bertanggungjawab serta memiliki pemikiran kelas pertama seiring dengan infrastruktur kelas pertama yang dimiliki sekarang. Rakyat Malaysia juga perlu terus berusaha untuk menjadi sentiasa relevan, berdaya tahan dan kompetitif selaras dengan pendekatan Islam Hadhari.

2. Peranan kerajaan dalam meningkatkan pertumbuhan ekonomi
“Tumpuan Kajian Separuh Penggal ini ialah untuk mempercepatkan pemulihan ekonomi negara dan mengembalikan ekonomi kepada pertumbuhan mapan supaya objektif pembangunan seimbang dan matlamat menjadi sebuah negara maju menjelang tahun 2020 tercapai. Ini memerlukan antara lain pengukuhan asas-asas ekonomi makro dan sektor kewangan serta mengembalikan keyakinan pelabur dan awam, memajukan sector-sektor ekonomi yang berpotensi termasuk pembuatan, pertanian dan perkhidmatan, mengambil langkah-langkah bagi mencapai matlamat sosio-ekonomi dan mengurangkan kadar kemiskinan serta meningkatkan kualiti hidup rakyat Malaysia.”1
Berdasarkan petikan di atas, kerajaan berusaha keras untuk mengurangkan jurang ekonomi antara kaum. Sejak mencapai kemerdekaan sehinggalah ke hari ini, kerajaan telah memainkan banyak peranan untuk meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara. Antara langkah-langkah yang dijalankan oleh kerajaan ialah:
(a) Dasar Ekonomi Baru (DEB)
(b) Dasar Pembangunan Nasional (DPN)
(c) Dasar Percukaian dan Subsidi
(d) Pelan Induk Perindustrian
Dasar-dasar yang ditunjukkan di atas hanyalah sebilangan daripada langkah-langkah yang dijalankan oleh kerajaan dalam meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara. Langkah-langkah ini digubal dan dijalankan semenjak Malaysia mencapai kemerdekaan sehinggalah ke hari ini dan ianya menempakkan kejayaan yang memberansangkan.

(a) Dasar Ekonomi Baru (DEB)
Tiga puluh tahun dulu, kebanyakan rakyat Malaysia yang miskin terdiri daripada orang Melayu tetapi itu bukanlah isunya hari ini. Jurang antara kaum dilihat semakin rapat kerana pendapatan orang Melayu kini semakin meningkat, walaupun persamaan masih belum tercapai. Pada 1990an inilah lahirnya tokoh-tokoh ekonomi Melayu melalui pembentukan Dasar Ekonomi Baru (DEB), yang secara rasminya dimansuhkan pada 1990 tetapi semangatnya tidak pernah padam.2
Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad hari ini menegaskan Dasar Ekonomi Baru (DEB) telah memberi manfaat kepada lebih tujuh juta rakyat bumiputera negara ini dalam bentuk pemilikan saham-saham amanah serta ekuiti syarikat gergasi. Kata beliau, ia sebenarnya memberi peluang kepada individu-individu bumiputera yang berkemampuan untuk memiliki saham dengan harapan mereka akan berjaya dalam perniagaan dan menguasai sesebuah syarikat.3
Malaysia merupakan sebuah negara berpendapatan sederhana, berubah daripada sebuah negara pengeluar bahan mentah seperti getah, bijih timah dan sebagainya. Pada 1971 Malaysia muncul sebagai sebuah negara yang mempunyai kepelbagaian sumber ekonomi dalam pelbagai sektor melalui kewujudan dasar yang dikenali sebagai DEB (Dasar Ekonomi Baru). DEB merupakan satu rancangan ekonomi jangka panjang yang dibuat untuk mengurangkan jurang ekonomi antara kaum. Berdasarkan dua petikan di atas, objektif utama kewujudan DEB adalah untuk membuka peluang kepada kaum bumiputera melibatkan diri dalam bidang ekonomi. Dahulu, kaum bumiputera hanya bekerja sebagai petani dan nelayan dan kesinambungan pekerjaan ini diteruskan oleh generasi-generasi seterusnya. Melalui DEB wujudnya Industri Kecil dan Sederhana (IKS) di mana bumiputera digalakkan untuk menceburi bidang keusahawanan. Dengan adanya IKS kaum bumiputera mula melibatkan diri dalam bidang perniagaan dan mengkomersialkan barangan buatan tempatan. Ia sekaligus meningkatkan ekonomi negara dan meningkatkan eksport negara.
DEB telah melahir dan membangunkan ramai usahawan yang berkemahiran, berkualiti, berdaya saing, berdaya tahan dan berdaya maju di dalam bidang keusahawanan yang berpotensi dan berkembang. Melalui DEB juga telah menanamkan dan memupuk budaya keusahawanan di kalangan rakyat Malaysia.

(b) Dasar Pembangunan Nasional (DPN)
Dasar Pembangunan Nasional yang dilancarkan pada tahun 1991 untuk menyusuli Dasar Ekonomi Baru telah menyediakan rangka pembangunan ekonomi negara untuk tempoh sepuluh tahun yang lalu. Di samping mengekalkan strategi asas dan matlamat utama DEB, beberapa dimensi baru telah diperkenalkan dalam DPN dengan memberi tumpuan kepada isu ketermiskinan, penekanan kepada pembangunan pesat Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB), tanggungjawab yang lebih besar kepada sektor swasta untuk mencapai matlamat penyusunan semula masyarakat dan peningkatan pembangunan sumber manusia.4

Dasar Pembangunan Nasional atau DPN merupakan satu kesinambungan daripada DEB. Objektif utama DPN ialah untuk mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai sebuah negara perindustrian moden dan telah menghasilkan kemajuan ekonomi dan sosial yang pesat. Melalui kewujudan DPN, taraf hidup rakyat menjadi tinggi dan kadar pengangguran semakin menurun. DPN telah menyebabkan ekonomi Malaysia semakin mapan dengan pertumbuhan yang positif dari tahun ke tahun. Keadaan ini menunjukkan keberkesanan DEB dan DLN walaupun berlaku kemelestan ekonomi pada tahun 1997. jika dilihat kemelesetan ekonomi yang melanda rantau Asia Tenggara yang menyebabkan negara-negara rantau ini berhutang dengan IMF, Malaysia dengan gahnya mengharungi masalah ini tanpa bergantung dengan bantuan negara-negara maju.

(c) Dasar Percukaian dan Subsidi
Dasar Percukaian dan Subsidi yang dilaksanakan oleh kerajaan bukan sahaja dapat memantapkan lagi ekonomi Malaysia tetapi juga dapat menjaga kebajikan rakyatnya. Dasar ini dapat dilihat melalui peningkatan dan penurunan. Peningkatan cukai-cukai dikenakan ke atas barangan import seperti kereta kerana untuk menggalakkan rakyat menggunakan barangan tempatan. Apabila cukai yang tinggi dikenakan ke atas barangan import akan menyebabkan barangan tersebut bertambah mahal. Namun begitu dalam masa yang sama, kerajaan menurunkan cukai barangan tempatan. Melalui cara ini, permintaan terhadap barangan tempatan akan meningkat. Keadaan ini akan menyebabkan berlaku persaingan sihat antara barangan import dan barangan tempatan ini menyebabkan berlakunya peningkatan kualiti.
Import barangan modal berkembang 10.1 peratus dalam tempoh kajian dengan semua subkategori barangan mencatatkan peningkatan. Import alat kelengkapan pengangkutan bagi tujuan perindustrian untuk tempoh berkenaan bertambah 20.7 peratus berbanding kenaikan 170.7 peratus dalam tempoh sama tahun lalu, manakala import barangan modal (kecuali kelengkapan pengangkutan) meningkat 9.1 peratus. Sementara itu, import barangan pengguna mengukuh tujuh peratus dalam tujuh bulan pertama berbanding kenaikan 22.6 peratus untuk tempoh sama tahun lalu, sejajar perbelanjaan swasta lebih tinggi.5
Penurunan cukai pula dibuat apabila pemintaan terhadap barangan tersebut meningkat. Jika dilihat dari petikan di atas, sesuatu barangan import yang mendapat permintaan yang menggalakkan seperti alat perindustrian, ia bererti sector perindustrian negara menajdi semakin kukuh. Penurunan cukai terpaksa dibuat kerana ketidakupayaan untuk menghasilkan barangan yang dikehendaki. Meskipun kerajaan tidak meraih pendapatan dari cukai yang dikenakan, sector perindustrian akan menyumbang pendapatan kepada negara. Ini bererti meskipun kerajaan menanggung sedikit kerugian, tetapi pulangan yang besar akan diperolehi walaupun memakan sedikit masa.

(d) Pelan Induk Perindustrian
Sejak tahun 1960, perkembangan sektor pembuatan di Malaysia telah dilaksanakan ke arah kegiatan-kegiatan yang bercorak gantian-import. Bagaimanapun strategi ini telah mula berubah dalam tahun 1970 di mana lebih banyak tumpuan telah dibuat terhadap kegiatan-kegiatan yang berorientasikan eksport, memandangan kegiatan berorientasikan gantian import membantutkan perkembangan perindustrian oleh kerana Malaysia dianggap mempunyai skop pasaran yang kecil6.
Pelan Induk Perindustrian (PIP) telah menampakkan hasil yang memberansangkan terutamanya pada tahun 1970an. Pelan ini merupakan salah satu kesinambungan DEB. Ia bertujuan untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara perindustrian. Untuk mencapainya, kepelbagaian dalam bidang perindustrian perlu dilakukan. Selain itu PIP itu merupakan satu tindakan yang dibuat bagi menghadapi kemelesetan ekonomi yang melanda Malaysia pada 1985 dan 1986. Perlaksanaan PIP telah membantu memulihkan ekonomi Malaysia dari kemelesetan ekonomi negara ketika itu.

3. Kesan-kesan pertumbuhan ekonomi di Malaysia
3.1 Dasar Ekonomi Baru
Dasar Penswastaan adalah bertujuan untuk meringankan beban kewangan dan pentadbiran kerajaan dengan menyerahkan beberapa sektor tertentu untuk diurus sendiri oleh pihak swasta. Ia juga bertujuan menggalakkan pertandingan dan meningkatkan kecekapan serta daya pengeluaran, mempercepatkan pertumbuhan ekonomi negara, mengecilkan saiz sektor awam dan membuka peluang seluas mungkin untuk mencapai matlamat DEB.7
Dasar Penswastaan merupakan salah satu daripada instrumen DEB. Melalui cara ini, daya pengeluaran juga meningkat kerana pada kebiasaannya sektor swasta mampu meningkatkan tahap kecekapan berbanding dengan sektor-sektor kerajaan atau awam. Penswastaan projek-projek baru seperti air, elektrik dan sebagainya dijangka akan menyumbangkan pertumbuhan ekonomi yang pesat. Melalui dasar ini, kita dapat lihat usaha kerajaan untuk meningkatkan taraf hidup penduduk. Hal ini kerana penglibatan kerajaan dalam sektor awam tidak dapat meningkatkan harapan orang ramai terhadap mutu perkhidmatan awam serta keberkesanannya turut berkurangan. Oleh itu penswastaan adalah dasar yang paling rasional dalam menghadapi permasalahan ini.
Namun begitu sungguh pun Dasar Penswastaan memberikan nafas baru kepada kerajaan dalam menangkis serangan kemelesetan ekonomi dan beban hutang negara yang kian bertambah, tetapi para pemerhati dan penganalisa ekonomi yang kritis berpendapat bahawa ia akan mengakibatkan kesan yang buruk terhadap para pekerja di sektor awam serta rakyat negara ini seluruhnya. Seperti yang telah disebutkan penswastaan hanya akan mengutamakan pertimbangan mengaut keuntungan di samping mengorbankan kebajikan sosial dan kepentingan awam. Para pekerja di sektor awam akan menghadapi ancaman pembuangan kerja di samping beban kerja yang sentiasa bertambah dan sebagainya. Komplot, pakatan dan campur tangan ahli-ahli politik menyebabkan dasar ini boleh bertukar menjadi jenayah kolar putih.

3.2 Dasar Pembangunan Nasional (DPN)
Pertumbuhan ekonomi dicapai dalam persekitaran inflasi yang rendah, harga yang stabil dan guna tenga yang penuh. Pendapatan per kapita telah meningkat pada kadar purata 7.8 peratus setahun atau sekali ganda daripada RM6,298 (1990) kepada RM 13,359 (2000).8
Jika dilihat dari petikan di atas, DLN telah menunjukkan hasil yang memberangsangkan kerana walaupun ekonomi negara terjejas teruk pada tahun 1998 akibat krisis kewangan yang melanda Asia, kadar pengangguran tidak terjejas teruk. Dasar dan strategi DPN telah menyumbang ke arah pengukuhan kedudukan Malaysia sebagai sebuah negara perindustrian yang mampu menghasilkan kemajuan ekonomi dan sosial yang pesat.
Ketidakberkesanan DPN dapat dilihat apabila kaum bumiputera menjadi terlalu manja dengan sokongan yang terlalu banyak dari kerajaan. Keadaan ini menyebabkan kaum bumiputera tidak mampu untuk berdikari kerana terlalu mengharapkan bantuan dari kerajaan sahaja. Meskipun berlakunya peningkatan taraf hidup, ekonomi Malaysia masih dipelopori oleh kaum bukan bumiputera dan kaum bumiputera hanya menjadi tenaga penggerak sahaja. Hasil daripada DPN telah melahirkan ramai tokoh ekonomi terkemuka tetapi tokoh ekonomi bumiputera ini tidak mampu bertahan lama. Mereka hanya dapat menyumbang pendapatan negara dalam waktu yang singkat sahaja.

3.3 Dasar Percukaian dan Subsidi
Malaysia juga berterusan memberi perlindungan kepada industri-industri dalam negara seperti pengeluar-pengeluar kereta kebangsaan Proton dan Perodua pada ketika apabila penggabungan industri automobil global menjadikan ia sangat sukar untuk pengeluar-pengeluar kereta bebas yang kecil, terus bertahan.9
Dasar ini dilakukan untuk memajukan sektor-sektor perindustrian negara. Cukai barangan tempatan dilonggarkan untuk memberi galakkan kepada barangan tempatan untuk bersaing dengan barangan luar. Melalui cara ini, sektor perindustrian tempatan dapat bersaing dan sekaligus dapat memangkin pembangunan ekonomi negara. Contohnya dapat dilihat pada sektor perkilangan yang menyumbang kira-kira satu pertiga dari Keluaran Dalam Negara Kasar Malaysia. Sektor ini berhadapan dengan pelbagai cabaran seperti kekurangan buruh berkemahiran yang tenat, peningkatan kos buruh, produktiviti yang rendah dan keupayaan-keupayaan dari segi teknologi asing. Pengurangan cukai dan pemberian subsidi kepada sektor ini merupakan satu langkah drastik yang diambil oleh kerajaan untuk memberi perlindungan kepada sektor ini.
Bagi mematuhi peraturan-peraturan Kawasan Perdagangan Bebas Asean (AFTA) pada tahun ini, Malaysia telah mengurangkan duti-duti import ke atas kereta-kereta keluaran Asean daripada setinggi 190 peratus kepada 20 peratus, tetapi pada masa yang sama duti-duti eksais ke atas kereta-kereta telah meningkat dengan mendadak (pengeluar kereta Malaysia menikmati rebat 50 peratus ke atas duti-duti eksais).10

Dasar percukaian dan subsidi juga menyebabkan limbahan barangan import kerana Malaysia terikat dengan beberapa peraturan antarabangsa. Apabila keadaan ini berlaku, kesukaran akan berlaku bagi usahawan-usahawan tempatan kerana persaingan dengan syarikat asing. Contohnya dalam pengeluaran kereta, kereta tempatan terpaksa bersaing dengan kereta import kereta cukai import kereta dikurangkan dan menyebabkan harga kereta import menjadi murah.

3.4 Pelan Induk Perindustrian
Peranan dan sumbangan ini dijangka menjadi semakin penting dalam mencapai wawasan 2020 dan menjadikan negara ini sebagai sebuah negara perindustrian. Malah IKS boleh dijadikan sebagai asas, tulang belakang dan pendokong dalam memenuhi hasrat dan cita-cita wawasan pembangunan ekonomi negara selepas 2020.11
Antara instrumen penting pelan induk perindustrin yang dibuat oleh kerajaan ialah adanya Industri kecil dan sederhana (IKS). IKS memainkan peranan penting dalam pembangunan dan perkembangan ekonomi negara. Lebih penting lagi, pertumbuhan sektor pembuatan yang amat memberansangkan sejak 1980-an telah meletakkan IKS sebagai industri penggerak utama dalam mempelbagaikan aktiviti di sektor ini dan menjana pertumbuhan ekonomi negara.
Peranan dan sumbangan ini dijangka menjadi semakin penting dalam mencapai wawasan 2020 dan menjadikan negara ini sebagai sebuah negara perindustrian. Malah IKS boleh dijadikan sebagai asas, tulang belakang dan pendokong dalam memenuhi hasrat dan cita-cita wawasan pembangunan ekonomi negara selepas 2020. Pertumbuhan pesat sektor perkilangan memperlihatkan kepentingan dan peranan IKS yang kian ketara. Penglibatan IKS dalam pelbagai jenis aktiviti perkilangan menjadi penggerak dan tulang belakang kepada pertumbuhan sektor perkilangan amnya.
4. Peranan kerajaan dalam melindungi ekonomi Malaysia.
“Rakyat Malaysia perlu berusaha dengan lebih gigih dan penuh keazaman ke arah membina satu bangsa yang bersatu padu, adil, maju, berdaya saing serta mempunyai tahap ketahanan yang tinggi selaras dengan cita-cita untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju menjelang tahun 2020.”12
Kerajaan memberi tumpuan perbelanjaan ke arah terus menjana aktiviti ekonomi. Perbelanjaan pembangunan meningkat 5.7 peratus dengan penekanan kepada projek kecil yang memberi kesan berganda cepat dalam menggalakkan aktiviti ekonomi jangka pendek, terutama pertanian, pembinaan, perumahan dan infrastruktur luar bandar. Sehubungan ini, kerajaan sudah mengumumkan pelaksanaan projek bernilai RM2.4 bilion untuk dilaksanakan serta merta oleh kontraktor kecil tahun ini.13
Kerajaan telah mengamalkan protectionist kerana untuk menjaga kebajikan penduduk dan mencapai matlamat untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju menjelang 2020. untuk mencapai hasrat ini, salah satu prasyarat penting ialah dengan terus meningkatkan keyakinan para pelabur dan penduduk. Sebelum nerlakunya kemelesetan ekonomi, kadar pertumbuhan ekonomi tinggi dengan kadar inflasi yang rendah dan guna tenaga yang penuh. Pelaburan swasta dan eksport memainkan peranan utama.
Selain itu, langkah ini diambil untuk meningkatkan tahap produktiviti. Oleh itu, tumpuan kepada kecekapan, keberkesanan dan produktiviti yang tinggi untuk mengekalkan pertumbuhan dan pembangunan yang berterusan tidak boleh dipandang ringan dan diabaikan. Pertumbuhan ekonomi negara tidak akan dapat berlaku sekiranya tahap produktiviti tidak dapat dipertingkatkan. Taraf hidup penduduk Malaysia jauh lebih tinggi jika dibandingkan dengan taraf hidup penduduk semasa merdeka dahulu. Keadaan ini menunjukkan keprihatinan kerajaan terhadap penduduknya.

5. Usaha-usaha yang dijalankan
Dalam mengukur sektor ekonomi antarabangsa pelbagai aspek perlu diambil kira kerana di dalam sistem ekonomi antarabangsa pelbagai aspek akan mempengaruhi situasi ataupun keadaan di dalam sistem ekonomi antarabangsa. Antara aspek yang dapat mempengaruhi sistem ekonomi anrarabangsa ialah aspek dari segi politik serantau ataupun politik di dalam sistem antarabangsa. Selain daripada aspek politik serantau dan keamanan dalam sistem antarabangsa, teknologi tinggi juga merupakan satu apek yang penting bagi mengukur sektor ekonomi antarabangsa kerana keupayaaan teknologi yang tinggi mampu untuk mempengaruhi keadaan ekonomi antarabangsa.
Kesemua negara yang terdapat di dalam sistem antarabangsa akan menggunakan teknologi yang tinggi bagi memastikan negara mereka dapat bersaing dengan negara-negara lain yang terdapat di dalam sistem antarabangsa dalam aspek ekonomi antarabangsa, contohnya negara Malaysia dalam memastikan Malaysia dapat terus bersaing dalam sistem ekonomi antarabangsa, kerajaan Malaysia telah melaksanakan Pelan Induk Industri.
Di dalam Pelan Induk Industri kerajaan Malaysia telah berusaha untuk mempertingkatkan lagi keupayaan teknologi Malaysia dalam sektor pembuatan bagi mengurangkan pengimportan barang-barang untuk sektor perindustrian.14
Ini jelas menunjukan kerajaan Malaysia juga turut berusaha bagi mempertingkatkan lagi teknologi yang terdapat di Malaysia pada masa kini kerana teknologi yang tinggi merupakan satu aspek yang penting supaya kerajaan Malaysia mampu untik bersaing dengan negara-negara lain di dalam sistem ekonomi antarabangsa dan memastikan negara Malaysia tidak jauh ketinggalan dari negara-negara maju.
Selain daripada berusaha untuk mempertingkatkan lagi teknologi di dalam negara seperti melakukan penyelidikan, kerajaan sesebuah negara yang terdapat dalam sistem antarabangsa juga akan mengalu-alukan kemasukan pelabur-pelabur asing ataupun syarikat multinasional melabur ataupun membuka kilang di negara mereka, kerana melalui kemasukan pelabur-pelabur asing ataupun syarikat multinasional ke dalam sesebuah negara secara tidak lansung akan membawa masuk sekali kepakaran dan teknologi daripada negara asal pelabur-pelabur tersebut ke dalam negara yang mereka melabur. Pelabur-pelabur asing ataupun syarikat multinasional yang melabur dalam sesebuah negara dalam sistem antarabangsa bukan sahaja memberi keuntungan dari segi ekonomi semata-mata kepada negara yang mereka melabur tetapi pelaburan mereka juga juga telah memberi keuntungan dari segi pemindahan teknologi-teknologi yang canggih kepada negara-negara yang di masuki oleh syarikat-syarikat multinasional.
Pelan Induk Industri yang telah di gubal oleh kerajaan Malaysia dalam memastikan sektor perindustrian di Malaysia berjaya di majikan dan di pertingkatkan, kerajaan Malaysia juga telah mengggalakan kemasukan pelabur-pelabur asing ataupun syarikat-syarikat multinasional supaya melabur di dalam Malaysia.15
Melalui Pelan Induk Perindustrian yang dilaksanakan di Malaysia ini jelas menunjukan kerajaan Malaysia ingin menarik pelabur-pelabur asing ataupun syarikat-syarikat multinasional supaya melabur ataupun membuka kilang-kilang mereka di Malaysia. Ini adalah bertujuan supaya pelabur-pelabur asing ataupun syarikat-syarikat multinasional yang melabur di dalam Malaysia akan membawa masuk kepakaran ataupun teknologi tinggi dari negara asal mereka ke dalam negara Malaysia.
Malaysia juga telah melaksanakan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang bermula selepas Malaysia mencapai kemerdekaan, di mana dalam Dasar Ekonomi Baru (DEB) tersebut kerajaan Malaysia telah menggalakan rakyat Malaysia terutamanya kaum melayu dan bumiputera pada waktu tersebut berusaha untuk belajar bagi memajukan teknologi yang sedia ada di Malaysia, kerana pada waktu tersebut kaum melayu dan bumiputera di Malaysia telah jauh ketinggalan dari kaum cina yang telah mencapai tahap ekonomi yang agak tinggi pada waktu tersebut.16 Selain untuk memastikan kaum melayu dan bumiputera dapat bersaing dengan kaum cina, kerajaan Malaysia juga bersedia untuk bersaing dengan negara-negara yang terdapat dalam sistem antarabangsa.
Selain daripada menggalakan kemasukan pelabur-pelabur asing ataupun syarikat multinasional untuk melabur di negaranya, kerajaan sesebuah negara di dalam sistem antarabangsa juga menggalakkan rakyat-rakyatnya supaya mencontohi rakyat-rakyat negara-negara yang telah mencapai taraf negara maju, kerana pada masa kini untuk mencapai kemajuan teknologi yang tinggi bukan sahaja mementingkan aspek hartanah ataupun pembangunan fizikal semata-mata tetapi untuk mencapai tahap kemajuan ataupun teknologi yang tinggi pada masa kini memerlukan kecerdasan akal fikiran dan pengetahuan yang diperolehi daripada pendidikan, kajian atau penyelidikan dan sebagainya.17
Usaha untuk mencapai kemajuan dan teknologi yang tinggi pada masa kini jauh berbeza dengan usaha untuk mencapai teknologi yang tinggi pada suatu masa dahulu, kerana untuk mencapai kemajuan dan teknologi yang tinggi pada masa kini memerlukan daya pemikiran yang tinggi contohnya bagi membangunkan industri masa depan seperti industri bioteknologi dan sektor industri ICT.

Malaysia telah melaksanakan satu dasar yang berkaitan dengan tersebut, iaitu Dasar Pembangunan Modal Insan bagi memastikan rakyat Malaysia mampu untuk membentuk rakyat Malaysia yang intelek. Dalam melaksanakan Dasar Pembangunan Modal Insan ini kerajaan Malaysia telah menggalakan rakyat Malaysia mencontohi rakyat negara Jepun dan China yang sentiasa berusaha untuk memajukan diri mereka sendiri dan juga memajukan negara supaya teknologi negara mereka sentiasa ditingkangkan dan membolehkan negara mereka terus bersaing dalam sistem ekonomi antarabangsa.18
Usaha-usaha yang telah dilaksanakan oleh kerajaan Malaysia ini jelas menunjukkan bahawa teknologi tinggi merupakan satu perkara yang penting dalam mengukur sektor ekonomi antarabangsa, kerana teknologi pada masa kini merupakan satu perkara yang terlalu penting.
Sekiranya sesebuah negara gagal untuk mempertingkatkan teknologi dalam negara mereka ini mungkin akan menyebabkan negara mereka gagal untuk bersaing dalam sistem ekonomi antarabangsa dan apabila sesebuah negara gagal untuk bersaing dalam sistem antarabangsa negara tersebut akan menjadi sebuah negara yang mundur(Ahi Sarok, Mac.2002).
Bagi memastikan sesebuah negara dalam sistem ekonomi antarabangsa, kerajaan bagi negara tersebut haruslah sentiasa berusaha dan memastikan teknologi negara sentiasa dipertingkatkan dan tidak jauh ketinggalan oleh negara-negara lain dalam sistem antarabangsa.
Syarikat-syarikat tempatan dan syarikat-syarikat multinasional merupakan satu asset yang penting dalam ekonomi sesebuah negara, kerana dengan kewujudan syarikat-syarikat tempatan dan juga syarikat-syarikat multinasional inilah yang dapat menjana pertumbuhan ekonomi sesebuah negara dan sekiranya hanya syarikat-syarikat tempatan sahaja yang terdapat dalam sesebuah negara, negara tersebut mungkin tidak akan dapat mencapai pertumbuhan ekonomi negara yang baik dan mungkin mereka juga akan gagal untuk bersaing dengan negara-negara lain yang terdapat dalam system antarabangsa kerana sekiranya tidak terdapat syarikat-syarikat multinasional dalam sesebuah negara tersebut pengaliran mata wang asing yang masuk ke negaranya akan menjadi perlahan dan mata wang negara tersebut akan jatuh dan tidak mampu untuk bersaing dengan mata wang negara-negara yang lain.19
Bagi memastikan syarikat-syarikat tempatan dan juga syarikat-syarikat multinasional dapat beroperasi dengan sempurna dan tidak mengalami sebarang masalah dalam operasi syarikat-syarikat tempatan dan juga syarikat-syarikat multinasional, mereka haruslah menitik beratkan aspek pengurusan perniagaan keran pengurusan perniagaan ini merupakan satu aspek yang penting yang dapat mempengaruhi perancangan syarikat-syarikat tersebut. Pengurusan perniagaan ini dapat mempengaruhi perancangan syarikat-syarikat tempatan dan juga syarikat-syarikat multinasional kerana jika syarikat-syarikat tempatan dan juga syarikat-syarikat multinasional gagal untuk melakukan pengurusan perniagaan dengan baik perancangan syarikat-syarikat tempatan dan juga syarikat-syarikat multinasional tidak dapat berjalan dengan lancar dan sempurna dan juga membolehkan syarikat-syarikat tempatan dan multinasional mengalami kerugian yang besar. Pengurusan perniagaan ini dapat merangkuim pelbagai aspek yang membolehkan operasi syarikat-syarikat tempatan dan syarikat-syarikat multinasional menjalankan operasi mereka dengan sempurna dan lancar dan juga membolehkan melakukan perancangan yang teliti supaya mereka dapat menghasilkan keuntungan yang maksima.
Pengurusan perniagaan ini juga membolehkan pihak pengurusan syarikat-syarikat tempatan dan juga syarikat-syarikat multinasional menguruskan syarikat mereka dengan sempurna. Pengurusan perniagaan ini penting bagi pihak pengurusan syarikat-syarikat tempatan dan juga syarikat-syarikat multinasional keran melalui pengurusan perniagaan inilah pihak pengurusan syarikat-syarikat tersebut dapat menjalankan penyelidikan bagi untuk melakukan perancangan terhadap pengoperasian syarikat-syarikat mereka. Ini jelas menunjukan bahawa pengurusan perniagaan ini penting kepada pihak pengurusan syarikat-syarikat tempatan dan juga syarikat-syarikat multinasional kerana sekiranya pihak pengurusan syarikat-syarikat tersebut tidak mahir dalam pengurusan perniagaan adalah sukar untuk mereka perancangan untuk syarikat-syarikat mereka dan masalah ini boleh membawa kepada kerugian yang besar terrhadap syarikat-syarikat tersebut, dan disebabkan inilah setiap pihak pengurusan dalam syarikat-syarikat tersebut pelu mahir dalam pengurusan perniagaan untuk memastikan syarikat-syarikat mereka dapat beroperasi dan melakukan perancangan yang baik bagi membolehkan syarikat-syarikat tersebut mendapat keuntungan yang besar di dalam perniagaan mereka.
Pengurusan perniagaan ini bukan sahaja merupakan satu perkara yang penting kepada pihak pengurusan sahaja tetapi pengurusan perniagaan ini merupakan satu perkara yang penting kepada semua pihak yang terlibat dalam syarikat-syarikat tempatan dan syarikat multinasional kerana menjalankan perancangan dalam pengoperasian syarikat-syariakat tempatan dan syarikat-syarikat multinasional dan memastikan perancangan tersebut berjaya dilaksanakan bukan sahaja melibatkan pihak pengurusan syarikat-syarikat tersebut sahaja tetapi melibatkan semua pihak yang berada dalam syarikat-syarikat tersebut. Sekiranya pihak pengurusan sahaja yang mahir dalam pengurusan perniagaan tetapi pihak lain tidak mahir dalam penguirusan perniagaan perancangan yang dilakukan oleh pihak pengurusan mungkin tidak akan dapat di laksanakan dengan sempurna juga. Ini membuktikan pengurusan perniagaan merupakan satu aspek yang penting yang dapat mempengaruhi perancangan syarikat-syarikat tempatan dan juga syarikat-syarikat multinasional kerana jika semua pihak tidak mahir dalam pengurusan perniagaan syarikat-syarikat tersebut mungkin tidak dapat melakukan perancangan yang baik dan mungkin akan menyebabkan berlakunya kerugian dalam syarikat-syarikat tersebut.
6. Kesimpulan
Sebagai kesimpulannya Malaysia telah mencapai kemajuan ekonomi yang memberangsangkan sejak zaman pemimpin terulung, Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj hinggalah ke zaman Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi. Walaupun Malaysia merupakan sebuah negara masyarakat majmuk, ekonomi dapat dijanakan dengan mapannya. Kejayaan Malaysia dalam usaha membangunkan negara walaupun mengalami beberapa kali kemelesetan ekonomi menunjukkan kekukuhan ekonomi negara. Ini terbukti apabila Malaysia diiktiraf sebagai sebuah negara membangun yang mempunyai kekuatan ekonomi yang tersendiri. Tambahan pula strategi-strategi yang diamalkan oleh kerajaan telah menghasilkan kestabilan dan pembangunan ekonomi di Malaysia. Selain itu ekonomi Malaysia menjadi bertambah mantap dan kukuh kerana jalinan mesra dengan negara-negara maju. Oleh itu, jika prestasi ini terus diamalkan nescaya matlamat Malaysia untuk menjadi sebuah negara maju menjelang tahun 2020 pasti akan tercapai.

Sumber rujukan:
Ucapan
Siri Ucapan Tun Dr. Mahathir Mohamad, Bekas Perdana Menteri Malaysia semasa membentangkan Rangka Rancangan Jangka Panjang Ketiga di Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen. 3 April 2001.

Siri Ucapan Tun Dr. Mahathir Mohamad, Bekas Perdana Menteri Malaysia semasa membentangkan usul mengenai Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ketujuh di Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen. 22 April 1999.

Pekeliling Am Bil.2. Jabatan Perdana Menteri

Akhbar
Malaysia Today, 25 Ogos 2005.
The Straits Times, 15 Februari 2005.
Utusan Malaysia, 21 April 2001.

Internet
http://www.agendadaily.com.my/
http://www.bharian.online.com.my/
http://http://www.google.com.my/
http://www. mailto:hualian_studentclub@yahoo.com
http://http://www.miti.gov.my/
http://www.members.tripod.com/~znr/rencana3.htm
http://http://www.utusan.com.my/
1 Ucapan Tun Dr. Mahathir Mohamad, Bekas Perdana Menteri Malaysia semasa membentangkan usul mengenai Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ketujuh di Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen. 22 April 1999.
2 Malaysia Today, 25 Ogos 2005.
3 Utusan Malaysia, 21 April 2001.
4 Siri Ucapan Tun Dr. Mahathir Mohamad, Bekas Perdana Menteri Malaysia semasa membentangkan Rangka Rancangan Jangka Panjang Ketiga di Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen. 3 April 2001. hlmn 12-13.
5 http://www.BHarian.online.com.my
6 http://www. mailto:hualian_studentclub@yahoo.com
7 Pekeliling Am Bil.2. Jabatan Perdana Menteri
8 Siri Ucapan Tun Dr. Mahathir Mohamad, Bekas Perdana Menteri Malaysia semasa membentangkan Rangka Rancangan Jangka Panjang Ketiga di Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen. 3 April 2001. hlmn 14.
9 The Straits Times, 15 Februari 2005.
10 ibid
11 http://members.tripod.com/~znr/rencana3.htm
12 Ucapan Tun Dr. Mahathir Mohamad, Bekas Perdana Menteri Malaysia semasa membentangkan usul mengenai Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ketujuh di Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen. 22 April 1999. hlmn 6.
13 http://www.BHarian.online.com.my
14http// http://www.miti.gov.my/
15 http// http://www.miti.gov.my/
16http// http://www.google.com.my/
17 http//http://www.utusan.com.my/
18 http//:www.agendadaily.com.my
19 Chamhuri Siwar dalam buku Ekonomi Malaysia.

2 comments:

Zies96 said...

terima kasih . pengetahuan yang berguna sekali.

My Name is Naqiah said...

tq so much.. helps appreciated..