Thursday, July 16, 2009

Akhil Hayy sah bercerai talak satu
IPOH 15 Julai - Sengketa rumahtangga penyanyi dan pendakwah, Akhil Hayy berakhir apabila dia melafazkan cerai talak satu ke atas isterinya, Maizawati Zainal di Mahkamah Rendah Syariah dekat sini hari ini.
Ikatan perkahwinan mereka terlerai selepas Akhil atau nama sebenarnya, Akhil Abdul Hai, 40, dan Maizawati, 33, mencapai kata sepakat untuk berpisah secara baik.
Kemelut rumahtangga mereka menjadi perbualan hangat selepas Maizawati mendedahkannya dalam sebuah program televisyen.
Menambahkan lagi kontroversi apabila penyanyi, Waheeda dikaitkan mempunyai hubungan dengan bekas penyanyi rock tersebut.
Akhil yang kelihatan tenang sepanjang prosiding, melafazkan cerai dengan kebenaran mahkamah di hadapan Hakim Syarie, Mohd. Riduan Yusof.
Sementara itu, Maizawati yang anggun berjubah biru berbunga-bunga dan bertudung hitam, kelihatan bersahaja sepanjang prosiding berlangsung.
Malahan Maizawati sempat memohon maaf daripada suaminya sebelum Akhil melafazkan cerai.
Sejurus selepas itu, mahkamah memerintahkan supaya Maizawati menjalani tempoh idah selama tiga kali suci bermula hari ini.
Terdahulu, peguam syarie, Zulkifli Che Yong yang mewakili Maizawati, memaklumkan kedua-dua pihak bersetuju bahawa hak penjagaan kesemua anak diberikan kepadanya.
Sementara nafkah anak-anak yang melibatkan perbelanjaan, tempat tinggal, pakaian dan pendidikan ditanggung oleh Akhil.
Kedua-duanya juga bersetuju rumah yang didiami Maizawati dan didaftarkan atas nama mereka berdua, dibahagikan secara bersama dengan bahagian Akhil diserahkan kepada keempat-empat anak hasil perkongsian hidup mereka.
Akhil turut bersetuju membayar nafkah idah kepada Maizawati sebanyak RM15,000 sebulan selama tiga bulan.
Ketika ditemui, Akhil berkata, dia menerima segala keputusan yang dibuat dengan hati terbuka dan tidak menyalahkan mana-mana pihak.
Dia juga sempat meminta semua pihak agar tidak lagi mensensasikan isu penceraian itu dengan mengaitkannya dengan kehadiran orang ketiga.
"Keputusan yang dicapai ini sangat adil dan semuanya sudah selesai. Tidak ada kezaliman dalam hal ini.
"Apa yang saya hendak tekankan adalah jangan membabitkan orang ketiga dalam hal ini kerana ia melibatkan kredibiliti saya sebagai pendakwah," katanya.
Maizawati turut melahirkan rasa puas hati dengan keputusan yang dicapai.
"Tidak ada apa yang perlu dipanjangkan lagi. Saya harap segalanya cukup setakat ini sahaja," katanya.
*Begitulah siri-siri karakter penceramah tegar&penyokong parti POrk NIcky...
RM15,000 tu kena bayar sebulan..
Akhil Hayy mampu bayar guna duit Mafia War sahaja la...
Allah Maha Besar dan berkuasa dengan apa yg selama ni Akhil Hayy ni fitnah,cerca pd UMNO..
Sian kat Bang Akhil yea...
Kami doakan Bang Akhil bertaubatlah..Bang Akhil masuk Parti Pork Nicky la bang Akhil jadi mcm ni...
Selamat Berpuas-puas la ok Bang Akhil...

No comments: